malam ini lain.
dinginnya lain.
gelora lautnya lain.
terang pula bulan malam ini.
wah! banyaknya bintang!
cerah!
dalam sunyi malam ini
ada saja bunyi yang datang.
rempitan.
ah, bising lah kamu!
diam sikit.
ganggu tahu!
dahi berkerut,bengang..
shhhh..diam..diam!
diam.
aku betul-betul hilang sebentar.
mabuk di bawa damai & tenang.
ahhhh...tenang!
datang juga kamu.
lama aku di situ.
bukan ada apa pun.
cuma mahu rasa ini lebih lama.
cuma mahu pulang dengan senyuman.
ikhlas.
luar biasa.
bagai aku sedang berbicara dengan malam.
berbicara dengan bulan.
dengan bintang.
dengan hati.
lupa semua.
hanya aku dan malam.
anehnya.
aku ketemu jawapan.
jawapan yang aku cari.
kali ini rasional.
memang rasional.
kali ini,
semua untuk tuhan.
semua untuk Dia.
hanya Dia.
tolong terima ya Tuhan.
terima kasih.
No comments:
Post a Comment