Preview

Monday, August 22, 2011

tak seindah

menangis sebenarnya
tapi tiada siapa yang dengar
mahu mengadu sebenarnya
tapi langsung tak terluah

susah..
lebih baik aku diam begini
biarkan masa sembuhkan segalanya
tapi tidak...
langsung tidak...
makin ditambah luka yang ada
makin sakit jadinya
makin parah

mahu aku tunjukkan setiap parut luka yang ditinggalkan,
mahu aku tunjukkan setiap luka berdarah yang ada...

aku mahu

tolong dengarkan aku
sakitnya tak terkata
diam tak bermakna aku biarkan
aku biarkan kerana aku sayang sangat sama kalian
sangat sayang
siapalah aku untuk berkata-kata

kalau terluahkan pun
aku hanya akan disalahkan lagi
katanya hanya mainan perasaan ku..
katanya aku tidak pandai mengambil hati
katanya aku lebihkan kawan-kawan..
katanya aku terlalu emosi..

cuma aku saja yang tahu
cuba kau berada di tempat ku...
cuba..

kau akan tahu bagaimana rasanya

takkan baca jerrrrrr...komen sket...tq~hehe

No comments: