sayang ku sulung,
menara cinta aku yang pertama
pengubah segala cerita hidup
pemanis segala pahit
semangat segala kuasa diri
cinta yang tak pernah padam
sentiasa marak di hati
sentiasa hangat...
kau penyuluh hidup
bagaikan mentari menyinar siang
dan bagai rembulan menyuluh malam
senyuman mu, mengubat segala rindu
tutur mu, sentiasa lembut lega mendengar
aku senantiasa rindukan itu...
sentiasa terbayang bila kau ada di sisi
tenang sayang...sangat tenang...
mengertilah sayang,
aku rindukan mu..
makin bertambah rindu...
tunggu sayang,
aku akan kembali
mahu berjumpa dengan mu
di dunia aku terpaksa akur ketentuan-Nya
kau miliknya Dia
begitu juga aku
dan makin ku rasakan
makin hampir...
tunggu sayang,
insyaALLAH akan kita bertemu lagi...
sayang ku bongsu,
terpendam sebuah rasa
yang dulunya padam, tak berputik
pemberi harapan hidup baru
disuruh terima qada' dan qadar
telatahnya mengusik hati sunyi
mengetuk pintu hati
pembuka tirai cinta
yang dulunya rapat terkunci
mungkin ini adalah takdirnya
mungkin kah aku dapat bersamanya di dunia Mu, Allah?
mungkinkah dia kekasih ku dan teman ku di dunia dan selamanya di alam kekal Mu?
mungkinkah aku selamanya kekasihnya?
aku redha, ketentuan Mu ya allah...
mengertilah sayang,
kau sentiasa dihati
walaupun cinta terlarang
dugaan, nafsu, godaan...
sentiasa melanda...
aku harap engkau tabah...
relakan pemergianku...
jangan kau risau,
aku doakan kebahagiaan mu sayang
aku doakan untuk keberkatan mu
andai kata,
ini yang terakhir,,
maafkan segala dosa-dosaku
halalkan makan minum ku
aku terlalu sayangkan mu
dan aku sayangkan mu kerana Dia, ALLAH
No comments:
Post a Comment