lihat dia dari jauh
hanya dari jauh..
kalau lah dia tahu,
yang sebenarnya,
hati aku terpahat namanya dia~
ya tuhan,
senyumannya..bahagiakan aku
gelak tawanya...menghiburkan aku
disamping teman,
disamping yang tersayang..
sampai terlupa dia aku disini..
memerhati..
hanya memerhati..
sudah cukup puas untuk aku..
puas~
ya tuhan,
kalau boleh,
kau berikan aku deritanya dia..
aku sanggup..
biar aku saja yang tanggung semua..
aku rela terima hukuman itu..
hukuman dia..
kerana tanpa senyuman dia,
tanpa gelak tawanya dia,
Aku mati..
ya tuhan,
aku cintakan Kau..
aku sayangkan Kau..
hanya Kau saja yang mengerti apa yang terkandung
apa yang tersirat
apa yang terlindung
apa yang aku tidak nyatakan...
ya tuhan,
kau juga tahu kan, aku cintakan dia..
aku mahu peroleh cintamu ya Allah,
untuk ku damba cintanya dia...
walau tidak berbalas cinta duniaku,
aku yakin, Kau terima cintaku ya Allah..
untuk kau yang aku sayang,
aku sentiasa disini
biar susah mu ku jaga,
senang mu, aku kau lupa
No comments:
Post a Comment