Preview

Sunday, November 29, 2009

di sini

baru jelas.
beda aku dengan mereka.
dengan dia.
dengan kamu.

beda.

aku duduk diam.
cari isi.
cari makna.
cari aku.

aku duduk fikir.
apa ini betul?
apa ini salah?
jalan apa lagi?
mahu bagaimana lagi?
kenapa aku beda?
kenapa aku tidak sama?
dan
kenapa mesti aku?
aku keliru..

malam ini
bersaksikan si laut
bergelora kuat
menambah kelajuan denyut nadi aku
nafasku makin kuat.
dengar?
sesak.
sesak dengan semua.
pejam mata
tolonglah hilangkan semua!

"kau ingat semudah itu ilya?"
"bodoh sungguh kau ni"
"dia tidak akan hilang selagi kau sendiri tidak mahu dia hilang, kau kena lawan!"

ada suara berbisik dalam hati.

"maaf, tiada lagi kudrat yang tinggal"
"tidak mampu"

bedanya aku.
mahu tunjuk sesuatu.
tapi tak tertunjuk.
mahu betulkan yang salah.
tetap salah juga.
mahu difahami.
tapi disalah erti.
mahu cari jawapan.
belum juga timbul.

tinggallah aku.
terkontang kanting.
terpuruk.
terpenjara.
terperangkap.
terjerat.

aduh.
aku hidup.
hamba Allah.
anak kepada abah dan mak.
cucu tok dan tok wan..
kakak kepada adik-adik aku.
sepupu kepada sepapat-sepapat ku.
anak buah mak cik dan pak cik.
sahabat dan teman kepada kawan-kawan ku.
bergunakah aku sebenarnya.

bergunakah?
nyatakan di sini.
bergunakah aku?
takkan baca jerrrrrr...komen sket...tq~hehe

No comments: