dia sedang berbicara
cerita dia
kisah dia
kau dengar tidak..
gelora..sungguh gelora
dia bingung
maken bingung..
mana?
siapa?
aduh..
mana mahu dituju..
mana mahu dia mengadu..
kau boleh dengar dia ketawa..
kau boleh lihat dia tersenyum
kau boleh lihat dia bergurau
kau rimas bila dia mengusik
tapi
kau tak tahu
dia ketawa tapi dia menangis
dia senyum tapi dia berduka
dia bergurau hilangkan duka
dia mengusik hilangkan sakit
tapi
digagahnya jua..
cuba berdiri
agar sama tinggi
supaya celanya tidak ketara serlahnya..
mahu menutup kekurangan yang ada
mengisi kekosongan dijiwa
menjahit menampal luka dihati..
cuba kau dengar kali ini
dengar bila dia bersuara
walaupun frekuensinya agak berbeza
walaupun magnitudnya panjang berjela
walaupun tunenya agak jauh untuk dicari..
dia cuma mahu kau dengar kan dia..
DENGAR~
No comments:
Post a Comment