walaupun hanya sedetik cuma aku datang
tapi rindu makin panas membuak
mendidih panas dalam hati
rindu..
makin pantas langkah
mahu menatap sepuas hati kuburan cinta
jantung degup pantas
aku rindu, kau tahu
aku rindu segala apa tentnag mu
semua tentang mu
aku tak tahan lagi
kenapa kau pergi
kenapa kau gamak tinggalkan aku
aku rindu!
aku rindu!!!!!!!!
menitis jatuh air mataku
tak daya menahan sebak di dada
sekali sekala diselangi utusan dihati
menyuruh aku sabar
jangan menangis
nanti kau terseksa
nanti kau sedih cinta
tapi tahannya aku tak mampu
jatuh berderai ke tanah
teresak-esak menahan pilu
aku tahu kau dengar
tapi aku rindu
terkenang semua tentang kamu
semua tentang kamu cinta
aku terkurung
terpuruk menanti cinta yang sudah lama hilang dari aku
setia, masih setia
manalah tahu, kau akan kembali
tapi bodohnya aku
kau takkan kembali
takkan..
maafkan aku sayang
menyeksa mu
dengan rindu aku
dengan tangis aku
dengan sayang aku
dengan setia aku
hanya mahu kau tahu
kau cinta terbaik aku
cinta sejati aku
sampai bila-bila
bersemadilah kau wahai cinta
bersemadilah kau membawa sekali cinta ku pergi