buat yang tersayang
maafkan aku
sekiranya apa yang tercatat disini bakal mengguris hatimu..
sayangku, padamu..tak pernah hilang
dari kecil hingga dewasa
dari mula sampai ke akhirnya
sayangku kekal..
tapi maafkan ku sayang,
buat yang keduanya,
mak dan abah
aku bukan insan sempurna
salah ku dimana-mana
sentiasa ada
tak pernah dapat ku puaskan mahu mu
tak pernah dapat ku puaskan kehendak mu
tak pernah dapat ku puaskan hatimu
mahu ku jadi yang terbaik
tapi tiada kesempatan
anakmu selalu rindukan mu
selalu saja ada di hati
tak pernah hilang
kalau ada kesempatan waktu
mahu ku ulang kembali
ubah rentak hidup ku
mahu abah selalu ada
mahu mak selalu ada
depan mata
setiap kata adalah doakan?
doakan lah yang terbaik buatku mak dan abah
semoga segala keinginan mu
dapat ku tunaikan...
No comments:
Post a Comment