Preview

Friday, January 6, 2012

diam seribu bahasa

aku diam seribu bahasa
bisu sunyi tanpa suara
hanya yang ada lukisan dunia
terbentang luas permai indah
penenang segenap denyutan nadi
kurniaan terindah tiada bandingan
gelora mu mendamaikan
zikir alunan tanpa suara

ada kau dengar wahai laut,
apa yang ada di hati

ada kau dengar laut,
aku sedang menangis

ada kau dengar laut...
aku terseksa

maafkan aku
hanya mencari di kala gundah

maafkan aku
mencarimu di kala sunyi

aku hanya mahu kau dengar
apa yang tersirat di kalbu
semoga kau faham apa yang aku lalui

biar nampak tersenyum
biarkan begitu
takkan baca jerrrrrr...komen sket...tq~hehe

No comments: