Ini warkah utk kamu.
Susah untuk aku.
Kelu bukan kepalang mahu bertemu menatap matamu
Meluahkan semua apa yang ada di dalam hati
Mahu dengar bicara hati kamu,
Mahu juga kau dengar bicara hati aku
Selama ini aku biarkan sepi berbicara
Selama ini aku kurung “AKU” dalam gelap
Biar gelap sembunyikan aku.
Sesak wahai sahabat,
Aku sesak
Bagaimana mahu aku tunjuk
Bagaimana aku mahu khabarkan
Deritanya jiwa aku
Sakitnya jiwa aku
Parahnya hati aku
Aku mahu menangis.
Mahu menangis.
Tapi tiada pun yang menitis.
Aku simpan
Dalam-dalam aku tanam
Jangan sampai ada yang nampak
Sembunyi!
Lari!
Ya Allah, bantu aku..bantu aku..
Walaupun aku tahu,
Kau sentiasa akan ada disisi
Kau sentiasa hulur bantu
Kau sentiasa ada
Kau sentiasa ada
Tapi apa yang aku lakukan ini untuk kamu
Aku sayang kamu
Sayang sangat
Aku mahu kau dan kamu semua tahu
Bukan aku pentingkan diri
Aku tidak mahu rasa ini, kau dan kamu juga turut rasa
Aku yang cipta rasa ini
Dan aku yakin rasa ini akan pergi sendiri
Dia akan pergi
Sepi,
Kau paling dekat dengan aku sekarang
Kau paling banyak isi ruang hati aku sekarang
Penuh hati aku dengan kamu
Sudahlah sepi, tinggalkan aku
Aku mahu rasa damai pula
Aku mahu rasa tenang
Rasa yang dah lama aku cari
Rasa yang dah lama hilang lesap
Aku pasti damai dan tenang itu akan aku miliki
Aku masih senyum
Senyum untuk kau dan kamu
Senyum untuk hilangkan sedikit pedih di hati
Gelak untuk hiburkan hati
Semua ini kau dan kamu yang berikan untuk aku
Telatah kamu, karenah kamu,
Sungguh menghiburkan
Sungguh!
Ya Allah,
Ini untuk sahabat aku
Kau berkatilah hidup mereka Ya Allah,
Pertemukan damai dan tenang dalam hidup mereka
Jadikan mereka anak-anak yang soleh serta solehah
Ya Allah,
Bahagia mereka, bahagia juga untuk aku
Pertemuan kami berkat dari Mu,
Berpisah kami, mati InsyaALLAH
2 comments:
aminn..
semoga tenang dan damai sentiasa bersama kamu..
pergi jauh lah sepi..
biar sahabat aku ini hidup aman..
pergi jauh lah sedih & sayu..
biar sahabat aku ini sentiasa gembira & tersenyum..
bukan senyum yg terpaksa sedangkan di dalam merana..
tapi senyum yg betul2 lahir dr hati..
ini doa aku..
walau xslalu ada bersama..
tapi tau kn nk cari aku dimana..
moga terus kuat!!
hahaha..maceh..
Post a Comment