mahu aku luahkan pada siapa
tapi
kalau aku luahkan pun
faham kah mereka?
lebih baik diam saja
apa yang kau mahu lagi?
sudah cukup bukan segala bekal dia berikan
kau boleh usahakan sendiri bukan?
kau masih punya kudrat
kau masih punya kekuatan
tapi fizikalnya memang aku ada
dalam hati rasanya sudah rapuh
hancur semuanya
mahu tidak kau dengar?
hati aku hancur
seluruhnya hancur
sangat hancur
aku juga seperti mereka
bezanya mereka lebih sempurna fizikalnya
lenggok badan yang cantik
aur wajah yang indah dipandang
tapi layanannya berbeza
aku jauh lebih teruk dimata mereka
tapi tak mengapa
mereka bukan siapa-siapa
ada juga darahnya
buat apa mahu didengki
buat apa mahu di maki
biar diam begini
biarlah begini
2 comments:
aku kan ade yaya....
Huhu thank u..
Post a Comment