Preview

Wednesday, February 18, 2009

ini kisah, tentang dia

kau mahu tahu tentang dia?
kalau mahu,
biar aku ceritakan...
(walawpown esok ada DUA test..tp..kapla otak aku dah tepu..xleyh masok da)..hahahaha..

dia,manusia biasa..
hatinya sentiasa sepi..
tapi,
dia pandai, dia bijak...
bila bersama dengan mereka..
sepi itu dia tinggalkan sekejap..
dia tinggal jauh-jauh...
dia mahu hanya "enjoy"...
"jangan datang lagi sepi, aku mahu enjoy sekejap", katanya
tapi,
sepi itu masih mengejar dia...
walaupun dia cuba halau sepi itu jauh2..
tapi masih belum berjaya...

kalau kau mahu tahu,
dulu..dia xbegitu..
dia ada semua yang dia sayang..
semua yang dia kasih...
semua yang dia cinta...
hatinya ceria-ceria sahaja,

tapi, langitkan xselalu cerah..
hidupkan xsentiasa di atas..

dia hilang semua sayang,kasih dan cinta..
hari-hari indahnya makin pudar,
makin gelap..
semuanya hilang sedikit demi sedikit..
jangan cakaplah..
hatinya memang hancur...
dia diam..
dia pendam..
"apa aku nk buat, dah nasib aku mcm nie",
"kau lebih sayangkan dia kan TUHAN, kau ambil dia dari aku",
"aku baru mahu rasakan nilai cinta wahai TUHAN",
"Kau ambil dia dari aku",
"aku redha wahai TUHAN",
"kau tempatkan dia bersama orang2 yang soleh",
"kau ambil dia dari aku", tangis hatinya..

yang dia sayang,
baru mahu rasa semua,
baru terdengar satu teriakan,
baru dilaungkan azan di telinga,
belum sempat melihat dunia,
sudah dipanggil pulang,
sedihnya dia...

yang dia kasih,
yang dia sayang,
sentiasa ada dengan dia,
dari kakinya sekecil 2 jari tangan,
yang sentiasa berkongsi zaman-zaman nakal,
yang menjadi sahabat baik,
yang menjadi body guard,
belum puas menjadi saudara,
sudah dipanggil pulang juga,
sedihnya dia...

yang dia cinta,
yang dia kasih,
yang dia sayang,
baru berputik cinta di hati,
baru mahu melangkah ke alam fantasi,
cuba memahami erti sejati,
sekali lagi di ambil Yang Hakiki..
tinggal dia sendiri..
sedihnya dia...

tapi,
dia masih ada harapan..
hilang patah berganti..
walaupun tidak sama..
jadilah...bersyukur dengan apa yang masih ada...
dia masih ada kasih,
dia masih ada sayang,
dia masih ada cinta,
dia ada keluarga,
dia ada sahabat,
dia ada teman,
dia bukan sendiri,
TUHAN masih bersama dia..
walaupun nama2 diatas tiada lagi disisnya,
terpahat di hati dan xmungkin hilang..
dia sayang semua..

doa dia untuk yang di kasih, yang di sayang, dan yang di cinta,
bahagialah dikau di sana..
sekejap masa lagi, dia kembali pulang bersama..
dan,
AKU, hanya mahu dia bahagia...

inspired by:
nur idrin rosni
(a.l.o.n.g)
takkan baca jerrrrrr...komen sket...tq~hehe

2 comments:

Anonymous said...

isk...tension ak baca post2 camni...
wat org sebak jer...
huhu...
melayan emo jap~

~*anak abah*~ said...

hahahaha..
nak wat cm na..
mood ngah sedih + geram..
huuuuuuuuu..
;(