Preview

Wednesday, January 21, 2009

dari hati aku utk kamu...

hmm...
sudah lama aku simpan terperuk kat sebelah dalam ni..
cerita manis..
cerita perit..
cerita suka..
cerita biasa..
semuanya masih elok tersimpan..
walaupun hampir penuh setiap slot memori aku..
aku akan cuba simpan sedikit..
bukan hanya yang manis..
semuanya..

bukan aku cerewet...
bukan aku sombong...
aku masih macam aku..
macam yang kau kenal aku...
cuma kau pun tahu..
aku hanya manusia biasa..
punya kekurangan..
tidak akan pernah dapat memenuhi apa mahu kamu..
tidak akan...

aku juga mahu semua...
sama adil..
sama suka..
sama bergaya..
sama berjalan...
sama belajar...
sama sedih..
sama menangis..
sama penat...
sama ketawa...
semuanya..

bukan aku lari dari kamu...
bukan aku pinggirkan kamu..
hey!
buang itu jauh-jauh...
jangan sekali-kali fikirkan itu...
jangan kamu...
bila kamu mula fikirkan itu...
musnah lah semua...
musnah...
tiada apa yang tinggal...

yang manis, jadi pahit..
yang pahit, semakin pahit..
semuanya jadi pahit...
PAHIT LAH!

dan ketika itu...
kamu mula tertanya-tanya...

siapa aku pada kamu..
haaaaa....
ketika itu bisiknya..
"tiada apa.."
"tiada..."
sedangkan dulu..
persoalan siapa aku...
tidak terlintas langsung di kepala kamu..
kan?

aku faham..
salah aku juga...
tidak dapat puaskan apa mahu kamu..
aku juga kecewa...
hilang kamu..
kamu..
aku ingat..tidak lupa...
kamu pernah hadir dalam hidup aku..
kamu juga pernah corakkan warna di kain rentang putih aku..
itu..
di situ..
di kain rentang putih kenangan aku...
aku sudah bosan hitam dan putih..
kamu berikan aku warna lain..
banyak..
merah..
kuning..
jingga...
ungu..

ahhh...
kamu nampak tidak?
tidak?

hmm...
tidak mengapa..
aku tahu salah aku..
seribu? sejuta maaf pun belum tentu kamu terima..
maafkan aku kerana aku hanya kawan biasa..
maafkan aku kerana tidak sempurna...
maafkan aku kerana aku hanya manusia biasa..

kalau perlu..
jangan kamu pedulikan aku..
di sana teman-teman kamu menanti..
lebih bahagia di sana kan?
aku juga bahagia lihat kamu di sana..
kamu ketawa hingga menitis air mata..
haha..
asalkan kamu bahagia..
aku juga begitu..
turut bahagia..

kamu,
walaupun aku dengan teman-teman aku..
kamu dan kamu..
juga teman aku..
bukan musuh aku..
aku tidak mahu musuh..
buat apa?
"saja bergaduh.."
untuk apa?
"saja sakit kan hati.."
perlukah?
haha..

sakitkan hati..
hai..
kesian hati..
jadi mangsa..
padahal dia tidak tahu apa-apa..
tapi dia yang sakit teruk..
dia yang rasa sakit..
kesiankan?

kamu..
kamu tetap sahabat aku..
tetap..
tidak berubah sedikit pun..
sekali kamu singgah masuk dalam hidup aku..
susah untuk aku lepaskan kamu..

maafkan aku..

takkan baca jerrrrrr...komen sket...tq~hehe

No comments: