utara, selatan, barat, timur?
sudah ku jelajah semua
di celah-celah
di ceruk-ceruk
sudah lemah
sudah lelah
sesat lagi barangkali
gelap juga jalan ini
aku duduk
mata ku buka luas-luas
telinga ku pasang sungguh-sungguh
pastikan semua berfungsi
setiap deria yang diberi
yang dikurnia
aku guna sebaik mungkin
masih juga gelap
makin gelap pula jalan ini
aku takut...
tolong
aku cari jalan pulang
aku mahu pulang
aku penat
kudrat sudah tinggal sejemput
sesak tidak terkata
aku sudah rindu
rindu kekal
rindu abadi
aku tunggu
masih tunggu
bersiap sedia
apa yang harus
apa yang wajib
siap sedia
mencari jalan pulang
No comments:
Post a Comment