mencari sisa baki cinta yang ada
berlari
kejar kesana kemari
namun masih belum temu istiqamah
apa lagi?
sudah jelas-jelas dimata mu wahai anak adam dan hawa
hamba Allah sesungguhnya
harus taat dan patuh pada Dia
jangan ingkar..
mahu apa lagi wahai anak adam, anak hawa?
mahu apa lagi?
tidak mahukah kau merasa bahagia di dunia kekal sana?
dengan kurnia syurga nya
dengan air sungainya
masyaALLAH..banyak lagi kelebihan syurga..
tapi kenapa aku masih termanggu di sini?
kenapa aku masih lagi keras bebal begini
Ya Allah..
ampunkan hamba mu ya allah..
yang sering gagal
yang sering lalai
dengan apa yang sementara
semua yang ada dikeliling aku
yang aku sedut
yang aku hirup
yang aku makan
yang aku minum
semua datangnya dari kamu..
terima kasih di atas rahmat Mu ya Tuhan..
ya allah..
ampunkan hambamu ya allah..
istiqamahkan hati ku ya allah..
serta semua muslimin dan muslimat
semua saudara islam ku
No comments:
Post a Comment