Preview

Wednesday, April 22, 2009

aku mahu ikut sama

masa yang belum datang
masih ada peluang

dia hilang
cuba kau cari sampai jumpa
dia lari
kejar dia sampai dapat
dia jatuh
cepat bantu dia bangun
dia sedih
hiburkan, pujuk, rawat hatinya
dia gembira
bahagiakan lagi

masih ada dia

tiba masanya
dia pergi jauh
kau tak boleh kejar
kau tak boleh lagi cari
kau tak boleh bangunkan dia
kau tak boleh lagi hiburkan
kau tak boleh lagi pujuk
kau tak boleh lagi gembirakan

kau cari kembali apa yang hilang
dia yang hilang
aku cari dia yang hilang
aku mahu dia kembali
tapi apakan daya aku manusia biasa
hanya mampu menadah tangan
doakan dia
doakan dia bahagia dan aman di sana
meski rindu membuak panas berapi
meski sayang tak pernah ditiup pergi
meski cinta masih tertanam di dalam hati

tiba masanya nanti sayang,
aku mahu ikut kau bersama
aku mahu..
takkan baca jerrrrrr...komen sket...tq~hehe

No comments: